June 13, 2017

Free Squishy ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai hai korangg, saya sangat teruja untuk menceritakan tentang post kali ini. Hehe

Pada 1 Jun yang lalu, saya telah DM @farrahouz di instagram dengan memberitahu bahawa saya telah membuat satu post tentang beliau yang menjual squishy dan juga barangan lain di Shopee. Maka, tanpa disangkakan saya telah mendapat reply yang sangat positif daripada @farrahouz. Beliau sangat menyukakan entry post saya yang sebelum ini. Dan ingin menghadiahkan saya satu squishy sebagai tanda penghargaan. Berikut merupakan gambar yang telah saya screenshot sewaktu perkara ini berlaku.

Ini buktinya. Saya tak main-2 ye. Hehe
Dan selepas itu, saya memberi maklumat yang @farrahouz inginkan dan berikan kepadanya. Saya fikir saya sedang bermimpi ketika itu. Tetapi rupanya tidak. Alhamdulillah rezeki di bulan puasa.


Tadaaa! Ni lah squishy yang saya dapat free tu. Comel kan? Harga dia dalam lingkungan RM30 keatas. Kalau sayalah, tak mampu nak beli squishy dengan harga sebegitu.  

Dengan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada @farrahouz kerana sudi memberikan saya squishy ini secara percuma. Saya doakan agar @farrahouz sentiasa maju dan dimurahkan rezeki. Aamin Ya Rabbal Alamin.

By the way korang, @farrahouz sekarang tengah ada sales tau! 30% kalau tak silap saya. Boleh dikatakan semuanya tengah sales. Nak tahu dekat mana? Boleh lihat di shopee @farrahouz. Search sahaja @farrahouz confirm korang akan jumpa. Selamat membeli! Byee!

June 1, 2017

SquishyKu 💕 (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai blogger! Kali ini, saya akan update tentang squishy untuk part 2.
Part 2 yang merupakan kali kedua saya membeli squishy.
TETAPI
kali ini, saya membeli squishy dengan orang lain pula. Kenapa beli dengan orang lain? Saja nak menukar citarasa. Mana tahu, ada yang lebih murah. Hehe, Maklumlah, saya ni tidak bekerja dan sedang menunggu hari convo iaitu pada bulan 11 nanti. InshaaAllah.

Oh ye, korang semua mesti nak tahu. Dengan siapa pula kali ini saya membeli squishy-squishy. Haaa, kali ini saya nak tunjuk dahulu jenis-jenis squishy yang telah saya beli.

Saya telah membeli 2 set squishy dan jika dicombine kan, harganya sebanyak RM51.50. Nak tahu jenis-jenis squishy tersebut?

Jeng..jeng..jeng!


Tadaaa! Comel kan? Ianya comel dan dibalut dengan packaging yang comel! Setiap satu set mempunyai 3 item iaitu 3 squishy. Yang membuatkan saya membeli kedua-dua set tersebut adalah kerana harganya yang berpatutan serta mempunyai HELLO KITTY dalam setiap set. Untuk mengetahui setiap set tersebut boleh la lihat gambar di bawah ;) 


Okay, yang ni merupakan set pertama yang diberi nama SET FH003. Ada 3 item kesemuanya dan harganya : RM 17.00 sahaja!

Manakala, set yang seterusnya juga mempunyai tiga item. Set yang kedua ini juga terdapatnya hello kitty. hehe. Maklumlah, saya ni peminat setia Hello Kitty ;)


Tadaaa! Nak tahu harganya? Disebabkan squishy ini merupakan size yang agak besar/medium size. Harganya berlainan sedikit dengan set yang pertama. Set ini diberi nama  SET FH005. Dan harganya: RM 31.50 sahaja!

Haaa, korang mesti tak sabar kan nak tahu siapakah gerangan si penjual squishy ini?
Sabar, di bulan puasa ni korang kena banyak bersabar ye.

Okay tanpa melengahkan masa, korang tengok jelah gambar kat bawah ni ;p



Instagram: @farrahouz


Shopee: FarraHouz

Beli kat mana ni? Instagram ke shopee?
Beli kat shoppee lah awak. Hehe

Kalau beli kat shopee, macam mana boleh tahu instagram dia?
Okay, pada mulanya saya membuat survey di instagram terlebih dahulu. Dan melihat beberapa igshop yang menjual squishy. Salah satunya ada di post sebelum ini dan harini merupakan ig shop yang kedua saya jumpa. Jadi, ig shop ini iaitu @farrahouz sendiri tidak menjual melalui whatsapp ataupun DM di instagram. Haruslah membelinya melalui shoppee/lazada/11street atau laman webnya sendiri.


Untuk maklumat lanjut, korang boleh lihat dekat ig shop @farrahouz. Di situ, telah tersedia laman web farrahouz sendiri dan beberapa web lain yang boleh anda beli. 

Sebab-sebab saya membeli melalui shopee adalah kerana shopee mempunyai coins yang boleh di-redeem untuk pembelian yang seterusnya. 

Tidak terlupa juga bahawa, @farrahouz juga memberi FREE GIFT kepada saya sewaktu membeli squishy-squishy tersebut. Kemungkinan @farrahouz juga memberi FREE GIFT kepada setiap customer yang membeli dengannya. Apapun terima kasih @farrahouz


Okay lah, cukup sahaja untuk entry kali ini. Salam ketemu di lain hari! InshaaAllah ;)