January 16, 2015
Permulaan.
Hi, blogger. Ini merupakan post pertama buat tahun 2015. Em, ada banyak cerita yang nak dikongsi.
Tapi rasanya bukan semua lah yang nak disharekan harini.
Tak sangka sudah setahun berlalu, tapi aku masih tak dapat lupakan. Aku cuba, tapi tak boleh. Aku cuba berpasangan dengan orang lain, sukakan orang lain tapi hati aku tidak mudah menerima mereka seperti mana aku menerima si "dia". Si dia yang aku maksudkan, mrupakan orang yang terakhir aku suka, cinta dan sayang. Memang bila orang tanya apa aku sudah melupakan dia dan aku hanya menjawab "ya" tetapi hakikatnya aku sama sekali tak tahu perasaan aku ni macam mana.
Bila diimbas kembali, perasaan aku trhadap dia sama seperti perasaan aku terhadap dua orang sebelum dia.
Apa yang aku fikirkan sekarang hanyalah inginkan semua itu pergi daripada minda aku.
Dari awal hingga sekarang aku belajar sedikit demi sedikit tentang perasaan sewaktu menyukai seseorang, apabila disukai seseorang, dan juga rasa sakit apabila dilukai oleh seseorang. Semua orang pernah alaminya, ye semua. Alhamdulillah, selama aku terluka aku tidak pernah melakukan sesuatu perkara yang bodoh seperti membunuh diri atau cederakan diri. Sebab aku tahu, semua tu tidak dapat menyelesaikan masalah.
Umur ku pun sudah semakin meningkat, cukuplah bagi aku untuk mencari cinta manusia. Lebih baik, aku mencari cinta Allah yang telah lama aku tinggalkan kerana leka akan cinta manusia.
Aku juga harus belajar sedikit demi sedikit untuk menerima kehendak takdir, jodoh , ajal yang telah ditetapkan oleh Allah. InshaaAllah.
Maaf kepada sesiapa yang pernah aku sakiti secara sengaja atau tidak, aku hanyalah insan biasa yang banyak buat kesilapan. Maka, maafkanlah aku untuk kesekian kalinya.
-END
Posted by
lyn.candle