Bukan mudah nak jadi seorang anak tunggal. Bagi mereka, mungkin mereka fikir anak tunggal ni best sebab takda adik beradik. Mak bapak pun sayang dia sorang je and boleh mintak apa2 je.
TAPI
Ada terselit suatu kerisauan terhadap seorang anak tunggal terhadap kedua ibubapanya. Iaitu kasih sayang. Apa yang dimaksudkan dengan kasih sayang? Kasih sayang seorang anak terhadap kedua ibu bapanya. Sesungguhnya seorang anak itu pasti akan risau , siapakah yang akan jaga makan minum dan juga kesejahteraan kedua ibu bapanya apabila masing2 berada jauh dari mata?
Saya sebagai seorang anak tunggal, merasai betapa risaunya terhadap mak ayah apabila berada jauh dari mereka walaupun hanya untuk beberapa kilometer sahaja. Kekadang dengan menghiburkan mereka, buat saya gembira tetapi masih terselit kesedihan dan kerisauan dalam diri.
Selalunya, saya akan tertanya tanya apakah mak ayah sihat? makan dah ke? tidur lena tak?
Tambahan pula, mak ayah saya akan pergi menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi bersama mak teh saya serta suaminya dan dua orang anak lelakinya. Sebelum ini, saya sentiasa bersama mak ayah saya sewaktu hendak menunaikan ibadah umrah tetapi kali ni tak dapat ikut sekali bersama mereka kerana masih belajar di kolej iaitu di KPTM Bangi. Mak ayah saya selalu menanyakan bermacam macam soalan seperti,
"Nanti mak ayah pegi umrah, sapa nak jaga kau?"
"Kau nak duduk rumah siapa nanti? Mak cu ke mak tam?"
"Nanti nak balik hostel, suruh sesiapa hantar pastu kasilah duit sikit kat diorang tanda terima kasih"
soalan yang sama sepanjang masa.
Tapi bagi diriku, soalan seperti ini muncul di fikiran,
"Siapa nak jaga mak ayah kat sana nanti kalau sakit?"
Aku termenung bila terbayang wajah mak ayah. Baru aku terasa benda inilah paling aku berat buat aku apabila sentiasa difikirkan. Aku tak kisah apa jadi pada diri aku, tapi yang paling penting adalah keadaan mak ayah aku pabila aku tidak berada disisi mereka. Aku sentiasa berdoa agar diberi perlindungan terhadap orang yang aku sayang iaitu mak ayah aku apabila aku tiada di sisi mereka.
Tidak cukup jika hanya sekadar doa, kerana hati masih tetap resah dan gelisah.
Aku berharap, aku kembali tenang dan tidak memikirkan perkara2 yang remeh lagi. Berharap jugak mak ayah serta mak teh sekeluarga dapat menunaikan ibadah umrah yang mabrur tidak lama lagi. InshaaAllah.
Marilah sama sama kita mengamalkan doa ini dalam setiap solat kita. InshaaAllah.
-END.