Tidak ku sangka bahawa hanya ada 6 hari sahaja lagi untuk aku dan juga rakan-rakan yang lain menghabiskan/menamatkan zaman praktikal. Ewah.
Walaupun begitu, jika difikirkan kembali sewaktu mula-mula saya dan rakan saya memulakan hari pertama sebagai seorang pelajar praktikal di sebuah tempat yang bernama *DIRAHSIAKAN*. Hehe
16 Jan 2017Waktu hari pertama dahulu, kami bertiga datang lambat ke pejabat. Kira-kira dalam 8.30 pagi. Sebab apa? Sebab menunggu sahabat saya yang seorang lagi tak sampai-sampai. Tambahan pula, ketika itu hujan sudah mula turun. Yang paling awal sampai, sayalah. (eleh, haha). Sahabat saya tu lambat pun kerana itu first time dia ke tempat praktikal kami semasa waktu bekerja. Maklumlah, kereta berpusu-pusu nak ke tempat kerja mestilah kena hadap jem sampai berpuluh-puluh minit kan? Yang saya ni datang awal sebab rumah saya dekat sahaja dengan tempat praktikal kami tu. Adalah kira-kira dalam 5 minit sahaja boleh sampai. Hehe.
Apapun sewaktu sampai ke tempat praktikal, kami bertemu dengan receptionist di situ dan terus melapor diri dengan memberitahu bahawa kami merupakan pelajar praktikal yang terpilih untuk bekerja disitu. (macam over pulak 'terpilih' tu). Lalu, receptionist tersebut menyuruh kami duduk di ruang menunggu.
Tidak lama kemudian, kami dipanggil masuk menuju ke dalam pejabat iaitu pejabat pengurusan. TETAPI
Kami masih perlu menunggu dalam 20 minit macam tu juga lah untuk bertemu dengan BOS BESAR yang bernama Encik A (of course lah rahsia). Bila kami sudah dipanggil masuk, kami pun memperkenalkan diri masing-masing. Well, bos tu agak sporting and senang untuk berkomunikasi (walaupun rasa kekok).
Tidak lama kemudian, kami diberikan tempat duduk masing-masing. Yang kelakarnya, tempat saya tu tidak mempunyai kerusi. Maka, terpaksalah saya sendiri mengambil kerusi di dalam milik mesyuarat. Itupun setelah mendapat arahan daripada supervisor lah.
Pada hari pertama , kami sudah pun mendapat tugasan yang nampak senang tetapi sukar. Iaitu mencatat asset dalam borang. Sekurang-kurangnya adalah yang nak ditulis dalam buku log tu kan. Alhamdulillah la.
Seterusnya saya akan skip tentang tugasan-tugasan lain. Saya akan menceritakan perasaan saya sepanjang menjadi seorang pelajar praktikal ini.
Pada mulanya, memang akan ada rasa segan, kekok dan sebagainya. Tapi percayalah, apabila kita sudah mulai ramai kenal orang-orang disitu sudah pasti kita akan berasa lebih selesa daripada sebelumnya. Bila kita dah selesa, kita rasa sayang untuk meninggalkan tempat tersebut. Begitu jugalah dengan saya dan rakan. Banyak pengalaman yang kami terima sepanjang berada di sana. Akan saya simpan pengalaman itu, dan gunakan sebaik mungkin in future. Tambahan pula, ramai yang pada mulanya saya tidak rapat tetapi kini menjadi semakin rapat seperti sudah menjadi ahli keluarga pula. Sedih dan gembira pada masa yang sama. Apa yang menyedihkan adalah ikatan silaturrahim yang sudah terjalin dengan orang-orang disana membuatkan saya sedih kerana bukan mudah untuk kami bertiga berjumpa lagi seperti hari-hari yang sebelum ni. Yang mengembirakan pula, inshaaAllah tidak lama lagi kami akan menamatkan pengajian kami sebagai seorang pelajar diploma. Hanya tinggal untuk menyiapkan report dan juga presentation di Kolej nanti.
Doakan saya semoga saya mendapat result yang cemerlang untuk sem akhir ini ya! Aamiin.
Itu sahajalah, coretan saya pada hari ini. InshaaAllah ada masa, saya akan update lagi. 😚