April 9, 2017

Sushi King di hati 💕 - Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang dijanjikan, saya akan post mengenai Sushi King lagi tetapi kali ni, jenis makanan yang lain. Yang saya paling suka makan. Kalau tak makan ni, rasa tak lengkap lah. Ewah, hahaha
Makanan yang saya cakapkan ni ialah sushi. Antaranya ialah;

1. Inari
2. Tori Karaage
3. Surimi Scallop
3 benda ni menjadi makanan sampingan saya ataupun kalau makanan yang berat seperti Mixed Bento tu belum sampai, saya akan makan ketiga-ketiga ini dahulu sebagai alas perut. Meh saya tunjukkan gambar biar jelas sikit.

Inari - RM3 (tidak termasuk gst)


Tori Karaage - RM3 (tidak termasuk gst)


Surimi Scallop - RM4 (tidak termasuk gst)

Selalunya saya suka makan yang Inari dan juga Tori Karaage sebab harganya yang paling murah lah mengikut warna plate tersebut iaitu RM3 (tidak termasuk gst). Kalau yang plate warnanya merah jambu iaitu seperti surimi Scallop, ia berharga RM4 (tidak termasuk gst).

Macam mana nak tahu harga dia? Yang ini, saya mula-mula pun taktahu, tapi rakan saya tunjuk harga dia di tepi meja makan tu. Sudah dilabelkan harga-harga sushi mengikut warna plate.



Haa yang gambar atas ni lah harga sushi mengikut plate ye ;) Gambar ni saya amek kat google je. Hehe, terima kasih to Encik Google ye :D 

Halal ke idok? Tengok tempat dulu ye, setakat ni yang saya tahu Bangi Gateway dan The Mines sahaja sebabnya saya sering makan Sushi King di situ. Hoho, kalau tempat lain anda boleh lah check terlebih dahulu ye. 

Kalau ragu-ragu? 

Kalau ragu-ragu, takpayah masuk dan cuba-cuba nak try makan ye. Boleh jatuh hukum haram kalau korang ragu-ragu but still makan. Wallahualam. 

Okaylah, ini sahaja yang saya hendak kongsikan pada harini. Tak banyak pun saya kongsi kan, cuma kongsi makanan-makanan yang sering saya makan di Sushi King sahaja. Hehe. Lepas ni, saya akan try menu lain pula di Sushi King ya. Lain menu, saya akan update lain hari. InshaaAllah. 

Bye, anyeong!