Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tapi ada something yang I risaukan, sebab dia nampak mcam gemuk and lpas makan je slalu mau tdur. Ayah kata kemungkinan dia mngandung. But, I tak rasa gitu. Ya lah ramai yang cakap, anda kadang2 I ada buat research di google baca komen2 yang mengatakan kucing ini memang suka tidur dan membuta. Salah ke I nak mandul kan kucing betina I tu? I cuma takmau dia mengandung sebab dua ekor kucing ini pun sudah tidak mampu lagi mahu bagi makan semua tu. Sebab kerap sangat nak makan. Pukul 5 pagi bangun dah diorang tu dok mengiau nak makan. Laju je ke dapur. Then pukul 9/10 pagi pun mau makan juga. Pukul 1 tengahari. Pukul 5 petang. Pukul 8 malam. Dan kemudiannya esok pagi berulang2 seperti biasa. Tambah2 ibu bapa I pun sudah bersara, I pula masih belajar di kolej yang masih berada di sem 3. Nak tak nak, if makanan diorang sudah abes kena juga lah beli. Kita bela dia, jaga dia jadi haruslah kita memberi dia makanan untuk dia teruskan hidup kan?
Satu ja I pernah baca di satu laman blog ni. I tak ingat yang mana but orang tu kata "kucing ni akan keluar rumah/menghilangkan diri bila dia tahu dia sudah mau mati". Sebak sudah di dada ini membaca ayat tu. Kenapa perlu menghilangkan diri ya? Takmau tuannya sedih ya? hmm. Ini pertama kali I bela dan jaga kucing sendiri. Kasi makan, mandi dan semuanya la. Bila ayat itu muncul di fikiran saja, sudah buat I sedih. Menitis air mata, terkenangkan bila perkara itu akan berlaku. Sudah I anggap kucing2 saya ini sebagai adik I sendiri kerana I tidak mempunyai adik beradik.
And I punya kakak tapi sudah meninggal sewaktu dilahirkan. Jadi tinggal lah I saja sebagai anak di dalam keluarga ini. Seperti mana post I sebelum ini mengatakan bahawa tugas seorang anak tunggal lebih berat berbanding anak sulong. Tambah2 pula pasal kucing2 ni.
Mau juga I bawa mereka ke klinik untuk dimandulkan, tapi masih tidak berkesempatan kerana kesibukan belajar serta wang yang susah mau cari sekarang. Tambah2 dengan ekonomi yang sekarang sudahpun meleset. Pastinya semua harga naik2 belakan kan.
Cukuplah saya rasa sampai disini saja. Sudah hampir satu baldi menitiskan air mata semasa menaip dan menceritakan hal ini di sini. haih. Teda la, gurau jak tu. hihi
Maaf andai kata ada salah dan silap yang saya coretkan di sini. Dan selamat meneruskan ibadah puasa :)