March 21, 2017

Welcome back to me!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Akhirnya saya kembali semula ke alam dunia blog ini. Mungkin saya tidak kerap untuk mengupdate walaupun ada banyak kisah yang hendak saya kongsikan tapi tidak semualah.

2 tahun sudah berlalu, saya kini masih melanjutkan pelajaran untuk sem akhir. Dimana sekarang saya sedang menjalani kehidupan seorang praktikal. Di mana? Tidak perlulah anda tahu ya. Huhu

Bagaimana kehidupan saya sekarang?
Alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka. Tetapi saya mempunyai masalah muka yang amat teruk sekarang dan dalam proses untuk merawat semula muka saya ini. Tambahan pula, ada dua orang akak staff disini yang sedia membantu saya untuk memulihkan rupa saya sekarang ini. Alhamdulillah. Tidak terlupa juga rakan-rakan saya dan mama saya yang memberikan sedikit sebanyak nasihat. Terima kasih diatas keprihatinan kamu semua. Jikalau ada sesiapa yang tahu cara yang berkesan untuk merawat muka, boleh la message saya atau recommend kepada saya produk yang berkesan dan diyakini. Setakat ini, saya menggunakan Cetaphil oily cleanser. Baru sahaja digunakan semalam. 
InshaaAllah akan berterusan pulih. 
Mohon doa daripada kalian supaya kulit muka saya cepat sembuh seperti sedia kala. Aamiin Ya Rabbal A'lamiin. 

Saya akan sambung kisah seterusnya di hari lain yang akan datang. Terima kasih ;)