March 29, 2017

Sushi King di hati 💕

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, saya nak share makanan dan tempat kesukaan saya. Seperti yang korang nampak kat tajuk tu iaitu "Sushi King" merupakan tempat kesukaan saya bila saya nak makan.

TAPI

Takda lah berhari2 makan situ, setakat sebulan sekali tu boleh la. Lagipun harga makanan dekat situ pun mahal.

Menu kesukaan saya di Sushi King adalah seperti berikut;
1. Mixed Bento
2. Tori Karaage
3. Inari
4. Iced Green Tea
5. Cheese Cake
6. Surimi Scallop

Macam dalam gambar ni, nama makanannya ialah Mixed Bento. Portion ni sangat mengenyangkan dengan harga yang berpatutan. Seperti yang anda lihat, di sebelah kiri merupakan ikan dan juga sedikit sayur dibawahnya. Manakala, di sebelah kanan pula merupakan ayam goreng berserta salad dibawahnya. Haaa ayam goreng ni sangat rangup dan ada rasa manis-manis juga. Kanak-kanak dan kaum wanita pasti menyukainya (seperti saya) huhu. Seterusnya, dibawah ayam goreng itu pula merupakan ketam tetapi ianya bukan ketam yang besor tu eh, ketam yang digunakan untuk steamboat macam tu lah and ada sayur sekali. Last sekali, nasi putih. Nasi ni saya campur dengan 'shoyu'. Apa tu shoyu? Haa, saya anggap dia kicap je lah. hehe

Untuk sushi, saya akan update lain hari ye sebabnya malas nak cari gambar-gambar dalam phone ni ha. Maklumlah banyak sangat gambar dalam phone tu. (tangan dibahu mata ke atas)

Btw, untuk iced green tea kalau satu jag harga dia hanya RM1.00 sahaja. Tak percaya? Cubalah google. *wink*

Okaylah, cukup saja untuk hari ini. InshaaAllah ada masa saya update lagi pasal makanan dengan jenis makanan yang berbeza. InshaaAllah.